Denggi Ragut 48 Nyawa di Myanmar

  • 时间:
  • 浏览:34

Demam denggi telah meragut 48 nyawa di Myanmar sejak awal tahun ini.

Kementerian Kesihatan dan Sukan Myanmar memaklumkan, sebanyak 10,757 kes jangkitan denggi dilaporkan pada tujuh bulan pertama tahun ini.

Wilayah Ayeyarwady menyaksikan penularan paling teruk.

Pertambahan populasi, cuaca panas dan air minum dikatakan faktor yang membawa kepada peningkatan kes demam denggi.